Usaha-usaha memelihara keindahan alam sekitar
Soalan: Isu pencemaran alam sekitar merupakan isu lapuk yang kian membimbangkan masyarakat dan negara. Jelaskan usaha-usaha anda untuk memelihara keindahan alam sekitar daripada terus tercemar. "Kebersihan itu dapat mengajak manusia kepada iman. Sedang iman itu akan bersama-sama pemiliknya ke syurga." Demikianlah sabda Rasulullah S.A.W. tentang betapa pentingnya kebersihan itu diberi perhatian yang serius dan saksama kerana impaknya sangat besar kepada pengukuhan akidah seseorang. Hamka, iaitu seorang sasterawan Indonesia, ulama dan juga aktivis politik juga pernah menegaskan bahawa "Agama tidak melarang sesuatu perbuatan jika perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak akan menyuruh jika suruhan tersebut tidak membawa selamat dan bahagia jiwa." Jadi, jelaslah bahawa suruhan agama tentang kebersihan memang akan memberikan kebaikan serta faedah kepada diri kita. Agama Islam juga menganggap bahawa kebersihan itu merupakan sebahagian daripada keimanan. Per...